Thursday, April 9, 2015

SEJARAH TEMBOK BESAR CHINA

Hari ini kita bercerita mengenai sejarah Tembok Besar China yang merupakan satu tembok yang paling panjang didunia untuk melindungi negara China daripada ancaman musuh.

Tembok Besar China merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.

Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km, daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km.








Berminat ke China??? 
Kami ada buat TRIP BORONG KE CHINA.
Jika perlukan perkhidmatan kami, sila hubungi kami dengan segera.




/////////////////////////////////////////////////////////////////
Kepada yang ingin tahu atau berminat mengenai ilmu borong China, anda boleh sertai "Seminar @ Trip " borong ke china yang akan diadakan pada setiap bulan.
- Call / Whatsapp: 017 847 8843 (En. Ramdan)
- Instagram: @dazraventures
- Website: www.dazra.my
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber

No comments:

Post a Comment