Thursday, February 5, 2015

KAJIAN PASARAN

KAJIAN PASARAN

Kebanyakan produk yang tidak berjaya adalah disebabkan tiada kajian pasaran dibuat mengenai produk yang ingin dijual. Ianya adalah sama dalam perniagaan online atau offline. Faktor yang membawa kejayaan adalah permintaan dan penawaran terhadap sesuatu produk. Pastikan anda membuat kajian terdahulu sebelum memulakan sesuatu perniagaan

Jangan salahkan orang lain jika perniagaan gagal kerana anda tidak merancang dan membuat kajian terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan. Selagi ada permintaan anda akan berjaya. Ia seolah-olah anda menjual air mineral di bandar yang berada di padang pasir. Mereka mahukan air, jadi mereka akan beli air dari anda. Untuk berniaga ianya mudah. Tapi untuk berjaya anda memerlukan perancangan terlebih dahulu. Mungkin ada yang mengatakan dia boleh jual aiskrim kepada orang eskimo. Tidak ada masalah untuk jual apa pun. Namun sebanyak mana yang mampu dijual jika tiada permintaan? Anda mungkin boleh menjualnya sekali tetapi orang takkan membelinya berkali-kali.

Objektif-objektif kajian ini ialah seperti berikut:
• Mengenalpasti potensi pasaran bagi produk yang ingin dipasarkan.
• Mengkaji dan menilai pasaran produk di pasaran negara ini.
• Mengkaji dan menilai sasaran pasaran semasa produk tempatan.
• Mengkaji dan menilai produk-produk yang dikeluarkan oleh pengusaha-pengusaha.
• Mencadangkan produk-produk yang berpotensi bagi pasaran tempatan.


STRATEGI PEMBELIAN

Langkah-langkah pemborongan yang salah akan membazirkan masa, wang dan tenaga anda. Untuk itu, perlu belajar langkah demi langkah terlebih dahulu supaya tindakan yang anda bakal buat ini lebih tersusun dan tepat.
Seperti dalam mana-mana bidang sekalipun, untuk berjaya dalam perniagaan anda perlukan 3 perkara penting
Ilmu - Untuk mendapatkan Ilmu, anda perlu banyak membaca, menghadiri majlis ilmu seperti kursus dan seminar. Dalam mendapatkan ilmu memborong di China, anda sebenarnya sudah berada di tempat yang betul.

Mentor - Anda perlu mempunyai mentor atau sifu untuk membimbing anda menguruskan perniagaan sehingga berjaya. Menurut pandangan ahli perniagaan yang telah berjaya, mereka mempunyai mentor atau idola masing-masing yang dijadikan sumber inspirasi dalam perniagaan mereka. Berasaskan kepada kejayaan mentor, anda akan lebih yakin dan berani untuk menjalankan perniagaan dengan lebih teratur dan bersemangat.

Keyakinan dalam diri sangat penting untuk memastikan orang lain juga yakin dengan anda. Anda tidak perlu malu untuk mencuba sesuatu yang menjurus ke arah kebaikan. Anda perlu sentiasa bergaul dengan mereka yang sudah mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam perniagaan.

Komuniti - Untuk komuniti pula, kami sentiasa mengadakan pertemuaan antara usahawan-usahawan borong dari masa ke semasa supaya kita dapat berhubung dan berkongsi pengalaman sesama sendiri. Dengan adanya komuniti seperti ini, anda akan menyedari bahawa mereka banyak mempengarui anda dalam membuat keputusan perniagaan. Jikalau anda tidak mempunyai masa, anda boleh sertai komuniti facebook kami iaitu facebook.com/JomBorongTerusDariSumber.

SERTAI KAMI TRIP MEMBORONG KE CHINA.

TRIP BORONG TERUS DARI SUMBER.

============================================
Dazra Ventures & Consultancy  (002302801-U)
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus
www.dazra.my

No comments:

Post a Comment